Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Tarikh PRU 14 jatuh pada 9 Mei 2018

Tarikh PRU 14 diumumkan jatuh pada 9 Mei 2018. Kesemua sekolah kebangsaan dan sekolah separa kebangsaan akan diberikan cuti peristiwa khas pada 9 Mei ini yang menjadi tanggal PRU kali ke 14.

tarikh pru 14

Menurut Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, beliau berkata cuti peristiwa khas itu hendaklah tidak melibatkan penutupan asrama bagi murid-murid sekolah berasrama. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin telah mengumumkan cuti peristiwa khas itu pada hari ini.

Datuk Seri Mahdzir Khalid menambah, bagi sekolah-sekolah yang dijadikan pusat mengundi dan yang melaksanakan persekolahan secara dua sesi, maka sesi petang pada 8 Mei (Selasa) hendaklah ditangguhkan untuk tujuan persiapan PRU14 oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Semua sekolah yang dipilih sebagai pusat mengundi untuk PRU14 juga hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPR dalam pelaksanaan PRU14 ini,” ujar Dr Amin Senin.

Beliau menayatakan bahawa sejumlah 6,941 sekolah di seluruh negara akan dijadikan pusat mengundi bagi pilihan raya ke 14 (PRU 14). Dr ​​​​​Amin Senin berkata cuti peristiwa tersebut diberikan untuk memberi ruang kepada pihak SPR melaksanakan proses pilihan raya dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang melibatkan sesi persekolahan.

SPR hari ini mengumumkan hari pengundian bagi PRU14 ditetapkan jatuh pada 9 Mei, manakala tarikh penamaan calon telah ditetapkan pada 28 April. Manakala tarikh pengundian awal diadakan pada 5 Mei. - Sumber Dipetik Daripada Bernama.