Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

SPR umpama merompak hak rakyat untuk mengundi

Pas menlahirkan rasa kesal atas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi.

pas marah tarik pru

Timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Barisan Nasional tersebut bukan sahaja menyusahkan rakyat, malah mereka teleh 'merompak' hak rakyat terutamanya yang berada di luar kawasan untuk mengundi.

“Ini petanda BN telah menghidu tsunami rakyat menolak BN bertiup kuat sehingga susah dibendung lagi.

"Walaupun kerajaan boleh isytihar cuti umum pada hari berkenaan, namun ia bukan tindakan yang sepatutnya diambil kerana ia berada di pertengahan hari minggu. Bebanan kepada semua rakyat malaysia akan terus ada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

SPR sebentar tadi mengumumkan tarikh penamaan calon bagi PRU14 pada 28 April, manakala hari pengundian ditetapkan pada 9 Mei.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berkata, Pas akan mengadakan mesyuarat segera esok bagi mengambil tindakan selanjutnya berhubung perkara tersebut.

“Apakah kakitangan swasta akan mengambil cuti sehari sahaja untuk kembali mengundi ataupun mereka tidak sanggup korbankan tiga hari untuk mengambil cuti agar bersambung pada hari minggu itu untuk memudahkan perjalanan? Apakah majikan swasta akan mengizinkannya, terutamanya bagi semua perantau yang bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur dan luar negara?

"Apa gunanya SPR membuat gesaan agar rakyat mendaftar dan menyasarkan 85 peratus keluar mengundi, tapi melaksanakan hari pengundian di hari bekerja yang menyebabkan ramai rakyat tidak jadi mengundi,” katanya.