Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Saya letak jawatan jika Tuhan wujud, kata PM Filifina

Saya letak jawatan jika sesiapa buktikan tuhan wujud kata P

Presiden Filifina baru-baru ini membakar api kemarahan rakyatnya apabila mengatakan Tuhan itu bodoh. Kenyataannya mencabar, jika sesiapa mampu membuktikan bahawa Tuhan itu wujud, beliau akan meletakkan jawatan sebagai Presiden Filifina.

Presiden Rodrigo Duterte, yang sememangnya mempunyai hubungan baik dengan gereja, dalam ucapannya mempersoalkan beberapa ajaran asas iman Katolik, termasuk konsep dosa seseorang bayi yang dikatakan memprejudiskan bayi tidak bersalah, dimana dosa sang bayi hanya dapat dihapuskan melalui pembaptisan di gereja dengan mengenakan beberapa bayaran.

Katanya,

Siapakah Tuhan bodoh ini? Anak lelaki sial yang benar-benar bodoh ini?

Anda baru lahir ke dunia sebagai bayi, tetapi ketika itu anda telah dianggap bernoda dengan dosa asal.

Apakah jenis agama itu? Itu yang saya tidak boleh terima, ia fahaman yang sangat bodoh.

Duterte mempersoalkannya dalam ucapan pada sebuah acara pembukaan pusat sains dan teknologi di bandar Davao selatan. Katanya lagi,

Dimanakah logiknya Tuhan disini?

Pemimpin berusia 73 tahun itu dengan yakin berkata jika ada mana-mana individu dapat membuktikan, mungkin dengan gambar atau selfie yang manusia dapat bercakap dan melihat Tuhan, dia akan segera meletakkan jawatannya sebagai Presiden.

Akibat menggelar Tuhan sebagai bodoh, beliau telah dikecam ramai terutamanya dari kelompok sekutu politiknya. Salah seorang biskop Katolik turut menggelarnya sebagai psikopat.