Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Pasukan Bola Sepak Thai bertarung nyawa terperangkap di gua

try gambar with caption

Seorang jurulatih dan 12 remaja pemain bola sepak Thai perlu menempuhi lebih banyak dugaan buat sementara waktu walaupun setelah ditemui hidup selepas 10 hari terperangkap di dalam gua yang dinaiki air.

Pasukan penyelamat yang terdiri daripada angkatan darat, laut dan udara (SEAL) Thai dan dua penyelam British, John Volanthen dan Rick Stanton sedang berusaha untuk membawa keluar kesemua mangsa dengan selamat.

Gabenor Chiang Rai, Narongsak Osottanakorn berkata, pihaknya masih lagi menilai semua aspek dan kesemua mereka masih terperangkap buat masa ini.

Pasukan penyelamat kini juga memberi dua pilihan:

Pertama, kesemua mangsa perlu belajar menyelam atau pilihan kedua, mereka perlu menunggu sehingga air banjir di dalam gua itu surut sebelum mereka keluar dengan selamat. Namun demikian dijangka air banjir itu hanya mampu surut dalam tempoh beberapa bulan.

Menurut Narongsak:

Saya tidak rasa mereka boleh pulang ke rumah masing-masing buat masa ini.

Kami juga telah mengkategorikan kesihatan mereka mengikut tahap merah, kuning dan hijau. Merah bermaksud tahap kecederaan paling parah, kuning adalah sederhana dan hijau untuk ringan.

Semalam (Isnin), kami telah menilai mereka dan kebanyakan mereka berada dalam tahap hijau,”

Tambahnya lagi, pasukan penyelamat kini akan memberi tumpuan kepada fasa penyelamatan dan kemudiannya menyerahkan kepada pasukan perubatan yang menunggu di luar gua tersebut.

Sebelum ini, Pasukan penyelamat Thailand telah menemui 12 remaja dan jurulatih bola sepak mereka yang terperangkap di dalam sebuah gua. Kesemua mereka menunjukkan ‘tanda-tanda masih bernyawa’ selepas sembilan hari dilaporkan hilang di wilayah Chiang Rai.