Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Mahathir mohon maaf behubung penggunaan perkataan 'keling'

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana telah menggunakan perkataan ‘keling’ merujuk kepada komuniti India.

Maaf guna perkataan keling Mahathir

Beliau bermaksud bahawa penggunaan perkataan itu tidak berniat untuk menghina sesiapa pun.

“Saya nak mintak maaf kepada komuniti India kerana saya guna perkataan ‘keling’, saya tak berniat menghina sesiapa pun.

“Kerana semasa saya kecil, kami menggunakan perkataan itu tetapi sekarang ia telah dianggap sebagai menghina. Jadi saya menmita maaf jika boleh menyebabkan masalah itu kepada mereka, katanya pada hari sidang media mesyuarat majlis Presiden Pakatan Harapan di ibu pejabat Bersatu, hari ini.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir menyebut perkataan keling pada satu majlis kutipan dana di Muar, Johor pada 7 April.

Bekas perdana menteri itu kemudian mempertahankan penggunaan perkataan itu dengan mengatakan ia bukan untuk menghina mana-mana pihak.

Bagaimanapun, kenyataan Mahathir itu ditegur Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dan mahu beliau berhenti menggunakan perkataan "keling" yang menyinggung perasaan masyarakat India.

Selain daripada itu, Mahathir turut menafikan bahawa beliau menyatakan rakyat Sabah dan Sarawak sebagai rakyat yang pemalas.

“Itu Utusan Melayu yang kata, bukan saya,” kata Tun M menjawab kritikan daripada beberapa pemimpin dari dua negeri itu berhubung komen di satu forum awal bulan ini.

Tun M yang juga merupakan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu menjelaskan bahawa tidak masuk akal jika beliau bercakap seperti itu apabila mahu meraih sokongan mereka.

“Apa yang saya kata ialah pemimpin khususnya di Sabah amat tamak. Itu menyebabkan mereka mencuri duit daripada kerajaan,” terang Tun M kembali sambil tersenyum sinis.