Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Johnson's disaman kerana sebabkan wanita hidap kanser ovari

Syarikat gergasi farmaseutikal Johnson & Johnson diperintahkan untuk membayar lebih £3.5 bilion (RM18.6 bilion) kepada 22 wanita yang mendakwa bedak keluaran syarikat tersebut menyebabkan mereka mengalami kanser.

Bedak Johnson Johnson sebabkan kanser ovari

Perintah itu telah dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Missouri di Amerika Syarikat dan syarikat tersebut dikaitkan dengan 9,000 kes yang serupa.

Mangsa mendakwa mereka menghidapi kanser ovari kerana talkum termasuk bedak bayi keluaran Johnson & Johnson mengandungi asbestos.

Mark Lanier yang bertindak sebagai peguam kepada wanita-wanita terbabit meminta agar produk Johnson & Johnson dikeluarkan daripada pasaran sebelum mengakibatkan penyakit yang lebih teruk dan kematian berlaku.

"Jika Johnson & Johnson berkeras untuk menjual bedak mereka, mereka perlu paparkan tanda amaran," kata Lanier.

Perintah tersebut diumumkan oleh Mahkamah Litar City of St. Louis pada Khamis dan dilaporkan perintah bayaran itu meliputi wang pampasan sebanyak AS$550 juta (RM2.2 bilion) dan AS$4.14 bilion (RM16.75 bilion) pula sebagai ganti rugi yang membebankan.

Kesemua mangsa dan keluarga mereka berkata, mereka telah menggunakan bedak bayi tersebut sejak berdekad lamanya dan produk kosmetik talkum keluaran syarikat tersebut menyebabkan mereka mengalami penyakit.

Mereka juga mendakwa syarikat itu mengetahui bahawa bedak keluaran mereka mengandungi bahan tercemar iaitu asbestos sejak sekurang-kurangnya pada tahun 1970-an tetapi gagal memberi amaran kepada pengguna mengenai risiko tersebut.