Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Berita palsu mengenai maklumat perintah berkurung

Berita palsu mengenai maklumat perintah berkurung

SUBANG JAYA - Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, Ketua Polis Daerah Subang Jaya menafikan penularan mesej di media sosial yang mendakwa terdapat pesanan daripada polis Bukit Aman yang melarang orang ramai keluar rumah dari jam 9 malam ini hingga esok.

Menurut beliau, dalam mesej yang tular itu dikatakan akan berlaku serangan rawak di USJ dan Subang Jaya malam ini.

"Mesej itu mengatakan kononnya akan berlaku rusuhan besar-besaran dan mendakwa Sunway serta USJ adalah kawasan hitam.

"Keadaan semasa di seluruh kawasan Subang Jaya adalah tenang, selamat dan terkawal. Netizen diminta berhenti daripada menyebarkan perkara yang tidak benar di media sosial," katanya menerusi satu kenyataan.

Sebelum ini, tular mesej mengatakan Sunway, Kelana Jaya, USJ, Puchong,Klang,Bukit Beruntung dan Rawang menjadi kawasan hitam malam ini.

Dalam mesej yang tular itu turut dinyatakan polis memberi maklumat ada pihak yang akan memgulangi rusuhan besar-besaran malam ini.

"Dia (polis) minta orang Melayu kalau boleh jangan keluar rumah dan merayap. Kalau tengah memandu kunci pintu kereta. Semua polis, FRU 'standby' malam ni," tulis mesej tular terbabit.