Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Bekas duta Palestin meninggal dunia

Bekas Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abuqutaish (Abu Ghosh)telah meninggal dunia pada Sabtu lepas dan akan dikebumikan selepas Zuhur petang ini.

mahathir pas flaq

Allahyarham berusia 68 tahun.

Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan semalam berkata, jenazah Allahyarham Abdelaziz akan disembahyangkan di Masjid As Syakirin (Masjid KLCC) selepas solat Zuhur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Tanah Perkuburan Islam, Lebuhraya KL-Karak, Taman Selasih, Fasa 2, Batu Caves, Selangor.

Menurut kenyataan itu, ucapan takziah boleh dibuat pada esok dari 3 petang hingga 7 malam di Palestinian House, kediaman rasmi Duta Palestin di No 13, Jalan Pegawai, Off Jalan U-Thant, Kuala Lumpur.

“Kedutaan Palestin mengambil kesempatan ini untuk menjalin semula hubungan dengan Kementerian Luar Malaysia, semua wakil diplomatik dan pejabat Perwakilan Serantau Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta akan organisasi antarabangsa,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, menurut Timbalan Ketua Protokol Kementerian Luar Malaysia, Abdullah Zawawi Tahir, Allahyarham Abdelaziz meninggal dunia di Indonesia kerana serangan jantung pada 3.50 petang Sabtu lepas.

Beliau berkata, dokumentasi yang diperlukan disediakan di Jakarta pada Ahad untuk jenazah dibawa pulang ke Malaysia pada 1.30 tengah hari semalam.

“Penerbangan itu tiba di KLIA pada pukul 5 petang semalam diiringi anak lelaki Allahyarham.

”Urusan kargo dan dokumentasi selesai pukul 7.30 malam. Urusan permit pengebumian selesai pada pukul 8.15 malam tadi,” katanya. - Bernama.