Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Bayi 10 bulan maut terjatuh dirumah pengasuh

Naufal Amsyar Dah Tiada

Lagi kes kematian bayi akibat kecuaian dirumah pengasuh. Lebih kurang 2 minggu yang lalu, kita dikejutkan dengan kekejaman yang dilakukan oleh seorang pengasuh wanita. Pada hari ini, melibatkan bayi lelaki yang berusia 10bulan.

Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan yang parah pada kepala dipercayai terjatuh di rumah pengasuh, meninggal dunia selepas empat hari dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar, kira-kira 9 pagi, hari ini.

Bapanya, Nabil Fikri Anwar, 28, memaklumkan perkara itu melalui aplikasi Whatsapp berkata, Naufal Amsyar, yang juga bayi tunggalnya itu telah pulang ke rahmatullah.

“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat anak saya Naufal Amsyar Bin Nabil Fikri yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 pagi tadi,” katanya hari ini.

Selasa lalu, bayi malang yang dijaga oleh seorang pengasuh wanita berusia 35 tahun di Tangkak itu dimasukkan ke hospital selepas dipercayai diserang sawan.

Hasil pemeriksaan awal juga mendapati terdapat kesan lebam lama dan baharu pada dahi kiri bayi itu selain pendarahan pada bahagian mata serta keretakan tempurung kepala.

Susulan daripada itu, Khamis lepas polis menahan pengasuh terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun, atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.