Berita Semasa Malaysia — Malaya Times

Berita semasa Malaysia terkini dan terbaru. Blog berita dan info semasa Malaysia yang terbaik terkini dan top di Malaysia.

Bayi 20 bulan maut terjerut tali bidai

DisrL32U0AE0hwc

Seorang bayi lelaki maut dipercayai telah terjerut tali bidai tingkap di rumahnya di Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), dekat Dungun, semalam.

Mangsa, Muhammad Azhari Zul Azri, 20 bulan, disedari terjerut tali terbabit oleh ibunya, Noryasmin Mat Yasin pada 6.50 petang.

Sebelum kejadian berlaku, kanak-kanak itu dikatakan bermain bersama kembarnya ketika ibunya mengerjakan solat Asar di dalam bilik rumah berkenaan, manakala abang dan kakaknya berusia lingkungan tiga hingga empat tahun berada tidak jauh dari mangsa.

Mangsa dikatakan bermain di atas sofa bersebelahan bidai tersebut sebelum dipercayai terjatuh dan lehernya terjerut dengan tali bidai terbabit.

Sebaik selesai mengerjakan solat, ibu mangsa terkejut mendapati mangsa tidak sedarkan diri sebelum menghubungi suaminya, Zul Azri Hashim, 39.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai penyelia projek bergegas pulang ke rumah apabila diberitahu kejadian tersebut dan mengejarkan anak mereka ke Klinik Kesihatan AMBS untuk mendapatkan rawatan.