Treller bawa kenderaan terbalik di Lebuhraya PLUS

Sebuah treler yang membawa kenderaan jenama Honda dilaporkan terbalik di Lebuhraya PLUS dari Bukit Tagar menghala ke Bukit Beruntung (KM421.7) jam 12 tengah hari, semalam.

Kemalangan yang turut melibatkan dua buah kenderaan lain namun tiada sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan berlaku.

Puncanya berlaku kejadian dipercayai akibat treller terbabit hilang kawalan seterusnya terbabas ke laluan bertentangan.

Jurucakap Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Berhad memberitahu, kejadian itu telah menyebabkan kesesakan berlaku kira-kira lima kilometer dari arah utara ke selatan.



Berikut adalah satu video yang dikongsikan oleh pengguna lebuhraya yang melalui tempat kejadian :