Serangan di Istanbul, tiada rakyat Malaysia jadi mangsa

Susulan serangan pengganas di Istanbul yang meragut beberapa nyawa termasuk anggota polis serta mencederakan orang awam semalam, Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa.

Serangan di Istanbul, tiada rakyat Malaysia jadi mangsa

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra menyatakan Kedutaan Besar Malaysia di Ankara akan terus berhubung dengan pihak berkuasa Turki dan rakyat Malaysia termasuk pelajar di Istanbul.

"Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas di Istanbul pada 7 Jun lalu.

"Kerajaan merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Turki serta kepada keluarga dan mangsa yang terlibat dalam serangan itu," menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar turut mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau ingin melawat Istanbul supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan memantau keadaan sekeliling.