Sebar gambar bayi di dera, pemilik taska akui diri disabotaj

Seorang pemilik pusat asuhan di Putrajaya mendakwa, dua pembantunya telah bertindak mensabotaj dirinya dengan menyebarkan gambar dua bayi yang kononnya didera dalam laman sosial sebelum mereka melarikan diri.

Sebar gambar bayi di dera, pemilik taska akui diri disabotaj

Wanita yang enggan dikenali itu berkata tindakan tersebut bukan sahaja me­ngakibatkan dia dikecam hebat oleh orang ramai, malah nama baik pusat asuhannya turut tercemar.

Bayi yang dikatakan didera masing-masing berusia empat dan 13 bulan.

“Saya tak pasti apa tujuan mereka buat begitu. Saya layan mereka dengan baik, cuma saya ada tegur agar jaga kebersihan dan jaga anak-anak de­ngan baik,” kata wanita yang berusia 27 tahun ketika ditemui di sini semalam.

Setakat semalam, pusat asuhan yang menempatkan 14 bayi dan kanak-kanak itu masih berope­rasi dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah tampil menjalankan siasatan lanjut.

Mangsa berkata, dia turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dae­rah (IPD) Putrajaya Selasa lalu.