Pesawat Malindo Air patah balik akibat cuaca buruk

Sebuah pesawat Malindo Air yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah terpaksa berpatah balik berikutan cuaca buruk dan bekalan minyak yang tidak mencukupi.

Pesawat Malindo Air patah balik akibat cuaca buruk

Pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini kira-kira pukul 5.38 petang tadi.



Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, kesemua penumpang dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kekecohan dilaporkan.