Penjawat awam terima bantuan Aidilfitri hari ini

Berhubung bantuan khas Aidilfitri 2016, Penjawat Awam kini boleh menghembus nafas lega apabila bantuan khas sebanyak RM500 yang telah di umumkan Perdana Menteri beberapa hari lepas dikreditkan terus ke akaun semua penjawat awam hari ini.

Penjawat awam terima bantuan Aidilfitri hari ini

Selepas pengumuman tempoh hari, segelintir penjawat awam dilihat ada yang mengeluh kerana jumlah bantuan hari Raya itu dikatakan tidak setaraf dengan Bantuan Khas yang patut diterima berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.



Namun ramai yang bersikap sebaliknya, iaitu menerima positif jumlah yang ditetapkan tersebut dan bersyukur.