Menteri Besar Kedah jalani lima jam pembedahan

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, 65, selamat menjalani pembedahan kecil akibat komplikasi usus selama lima jam di Hospital Pulau Pinang (HPP) semalam.

Menteri Besar Kedah jalani lima jam pembedahan

Setiausaha Politiknya, Datuk Shaiful Hazizi Zainol Abidin memberitahu, keadaan kesihatan Ahmad Bashah kini dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke wad pembedahan pada pukul 10 malam kelmarin.



“Alhamdulillah beliau telahpun selamat menjalani pembedahan minor yang dilakukan selama lima jam bermula kira-kira pukul 10 semalam dan selesai pukul 3 pagi ini.

“Beliau menunjukkan reaksi positif selepas pembedahan dan pada masa ini sedang berehat atas nasihat doktor,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini.

Dimaklumkan, Ahmad Bashah dilaporkan mula sedar kira-kira pukul 2.30 petang dan tidur semula selepas itu.