Kadar zakat fitrah 2016 di Sarawak RM7

Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2016 di negeri Sarawak ditetapkan RM7 pada tahun ini.

Kadar zakat fitrah 2016 di Sarawak RM7

Menurut Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, (TBS), Datuk Abang Mohd. Shibli Abang Mohd. Nailie, kadar zakat itu ditetapkan berdasarkan keputusan mufti selepas mengambil kira harga semasa beras.



"Kadar bayaran zakat ini telah dicadangkan kepada Mufti Sarawak, Datuk Kipli Yassin selepas mengambil kira harga semasa beras sekali gus mengekalkan kadar bayaran seperti tahun lalu.

"Umat Islam boleh melakukan pembayaran zakat bermula awal Ramadhan nanti mengikut kadar yang ditetapkan," katanya.

Dalam pada itu katanya, Tabung Baitulmal Sarawak menyasarkan kutipan jumlah zakat pada tahun ini sebanyak RM5.1 juta berbanding RM4.9 juta tahun 2015.

Dimaklumkan, pihaknya juga telah melantik seramai 827 amil di seluruh negeri ini.