Jakel tawar fabrik berkualiti dan 300 warna memukau

Jakel menawarkan fabrik yang berkualiti dan lebih 300 warna dengan pelbagai pilihan corak pada harga mampu milik melalui Kempen Ohh! Meriahnya Raya bersama Jakel 2016.

Jakel tawar fabrik berkualiti dan 300 warna memukau

Pengarah Urusan Jakel Trading Shah Alam, Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, antara warna-warna yang dijangka bakal menjadi pilihan ialah hijau zamrud, biru diraja, jingga, hijau tiffany, hijau mint dan merah cili.



Menurutnya, pada kempen kali ini, Jakel juga turut menampilkan secara eksklusif koleksi pakaian sedondon Schawalara X Jakel yang menampilkan baju Melayu pelakon, Awal Ashaari, jubah dan baju kurung (Scha Al-Yahya) dan baju kurung kanak-kanak popular, Lara Alana.

Ada lebih 30 corak ditampilkan bagi koleksi baju kurung Scha dan Lara Alana, kata Mohamed Izani.