Jadual waktu bekerja berperingkat bagi bulan Ramadhan

Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan satu Pekeliling Perkhidmatan berkenaan jadual waktu bekerja berperingkat dilaksanakan khas bagi bulan Ramadhan.

pekeliling perkhidmatan waktu bkerja bulan ramadhan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan kerajaan berhubung dengan tambahan Waktu Peringkat (WP) dalam jadual Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) dilaksanakan khas pada bulan Ramadan.



Kerajaan bercadang menambah Waktu Peringkat (WP) dalam jadual WBB yang sedia ada di semua agensi Kerajaan Persekutuan kepada penjawat awam dalam bulan Ramadan dengan menambah WP4, WP5 dan WP6 selaras dengan transformasi Perkhidmatan 2 Awam dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit bagi membenarkan penjawat awam meninggalkan pejabat 30 minit lebih awal pada bulan Ramadan.

Berikut adalah Jadual Waktu Bekerja Berperingkat yang baru :

waktu bekerja ramadhan wilayah,perak,selangor,pulau pinang,melaka,negeri sembilan,pahang

waktu bekerja ramadhan kedah,terengganu,kelantan,johor

waktu bekerja ramadhan sabah dan labuan

waktu bekerja ramadhan sarawak

Walau bagaimanapun, bagi waktu bekerja selain daripada waktu bekerja pejabat, ia adalah tertakluk kepada peraturan semasa yang telah diperuntukkan kepada Ketua Jabatan bagi mengatur waktu bekerja pegawai terlibat.