Hopital cari waris pesakit

Hospital Selayang sedang mengesan waris pesakit yang didapati tiada dokumen pengenalan diri dan dihantar ke hospital itu untuk rawatan kira-kira jam 7.30 pagi, 2 Jun lalu.

Hopital cari waris pesakit

Pengarah Hospital Selayang, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh berkata, pesakit lelaki itu berusia lingkungan 30 hingga 40-an.

“Sehingga kini, tiada waris atau kenalan yang datang menziarahi pesakit tersebut sejak dia dimasukkan ke dalam wad. Pesakit yang tidak sedarkan diri itu kini dirawat di wad 4B,” katanya.

Orang ramai atau waris yang mengenali pesakit berkenaan diminta menghubungi ketua jururawat di talian, 03-61263333 atau Unit Perhubungan Awam Hospital Selayang di talian, 03-61263333 sambungan 3191 pada waktu pejabat.