Dewan Ulamak Pas tegaskan GST haram

Dewan Ulamak Pas mengulangi ketegasannya bahawa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan BN adalah haram kerana tidak memenuhi syarat-syarat keharusan cukai yang digariskan ulama.

Dewan Ulamak Pas tegaskan GST haram

Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, hukum GST itu adalah haram kerana kerajaan tidak berada dalam keadaan terdesak dan memerlukan kewangan bagi menguruskan negara.

"Keperluan kewangan itu tidak berlaku kerana ketirisan dan pembaziran pengurusan kewangan sebelum ini.



"Cukai itu sepatutnya hanya dikenakan kepada mereka yang mempunyai lebihan pendapatan," katanya dalam ucaptama Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas ke-55, di Sweet Beach Resort, di sini, semalam.

Kerajaan telah menguatkuasakan pelaksanaan GST bermula 1 April 2015 pada kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada.

Mengulas lanjut, Mahfodz juga berkata, GST itu dihukum haram kerana ia memberi kesan buruk seperti menyebabkan kenaikan harga yang melampau.