Bonus raya pekerja Kerajaan 2016 mungkin sebulan Gaji

Bonus raya pekerja Kerajaan 2016 sebulan Gaji ; itulah kemungkinan jumlah bonus raya bagi perkerja dan kakitangan kerajaan di sektor swasta apabila CUEPACS merayu agar kerajaan memberi 'saguhati' kepada penjawat awam untuk persediaan menyambut Aidilfitri, Julai depan.

Bonus raya pekerja Kerajaan 2016 sebulan Gaji

Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, permintaan bonus sebulan gaji itu adalah satu keperluan kerana harga barang yang semakin meningkat dan kos sara hidup yang semakin tinggi.



"Kita sangat berharap agar kerajaan dapat menunaikan permintaan ini kerana sebelum ini semua sedia maklum kerajaan hanya memberi bonus sebanyak RM500 setiap kali menjelang Hari Raya."

"Pemberian bonus ini diharapkan dapat disegerakan berikutan rasionalisasi Skim Perkhidmatan hanya akan berlaku penghujung Julai depan," katanya.

Tambahnya lagi, kakitangan kerajaan di sektor awam pasti kecewa sekiranya permintaan bonus sebanyak sebulan gaji ini ditolak.