Bantuan khas Aidilfitri 2016, penjawat awam terima RM500

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bantuan khas Aidilfitri 2016, penjawat awam terima RM500

Beliau berkata dalam satu kenyataan, bantuan khas RM250 akan turut dinikmati oleh 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.



"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini dan ianya melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 billion," katanya.

"Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini akan dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata perdana menteri.

Selain itu, penjawat awam juga akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion.