Wanita maut terjun tingkat 10

Gambar sumber dari Harian Metro

Seorang wanita maut selepas bertindak terjun dari tingkat 10, Flat Kampung Aman, Seri Kembangan di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.35 pagi itu, wanita itu yang berusia 21 tahun telah terjun dari tangga di tingkat 10 Flat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, mangsa yang lengkap berpakaian ditemui oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

"Identiti mangsa masih lagi dalam siasatan. Menurut saksi awam yang berada di situ, wanita berkenaan mula naik menggunakan tangga kita-kira jam 8 pagi.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga," katanya.