Rempuh lori, guru nyaris maut



Seorang guru lelaki berusia 42 tahun nyaris maut apabila kereta Toyota Vios yang dipandunya merempuh lori muatan barang keperluan di Cabang Tiga Perol, Nilam Puri, di sini, kira-kira 11 pagi tadi.

Walau bagaimanapun dia hanya mengalami cedera ringan dan menerima rawatan di klinik kesihatan berdekatan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta mangsa hilang kawalan selepas cuba menukar laluan secara tiba-tiba.

"Mangsa dalam perjalanan dari Kota Bharu menghala ke Machang mahu mengubah laluan dari kiri ke kanan jalan.

"Namun kenderaannya hilang kawalan dan berpusing sebelum merempuh lori berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, lori itu dari yang arah sama dengan mangsa dan baru selesai menghantar muatan barang di sebuah pasar raya di Lembah Sireh, di sini.