Orang Asli mantan Komando diangkat sebagi hero melawan 10 perompak

Seorang bekas komando dari kaum Orang Asli menjadi hero di media sosial apabila kisahnya melawan 10 orang perompak dengan hanya menggunakan sebilah parang dikongsi di media sosial.

Orang Asli mantan Komando diangkat sebagi hero melawan 10 perompak

Kisah John Bah Tuin , seorang bekas komando yang kini menjadi pemilik Cameron Highlands Rainforest Inn Resort di Ringlet, Cameron Highland dikongsi oleh seorang aktivis hak asasi, Siti Kasim di Facebook.

Menurut Siti, kejadian itu berlaku pada malam Sabtu, ketika dia sedang dalam perjalanan dari Mensun ke Ringlet.

"Dia memberhentikan kereta di tepi jalan apabila tiga buah kereta menghalang laluannya.

"Sekumpulan lelaki itu menyuruh dia keluar dan cuba untuk merompaknya

"Tapi malang buat mereka kerana telah memilih orang yang salah", kata Siti.

Siti berkata lagi, John kemudian menumpaskan kesemua mereka hanya dengan menggunakan sebilah parang yang sentiasa dibawa olehnya.

John juga telah menetak tangan salah seorang dari mereka ketika pergelutan, kata Siti menceritakan kembali apa yang John telah ceritakan kepadanya.

John juga telah membuat laporan polis selepas kejadian itu.

"Ini sangat luar biasa... seorang lelaki melawan sepuluh perompak. Malah ada yang hilang tangan", tulis Siti.

Siti juga meminta John supaya tidak degil dan pergi berjumpa doktor untuk memeriksa kecederaannya.

"Dia berdarah ketika bercakap dengan saya".

"Dia enggan pergi berjumpa doktor. Saya berharap dia OK"

Sementara itu, di Facebook, setelah membaca kisah yang dikongsi Siti itu, orang ramai mengangkat John sebagai wira sehingga ada yang menyifatkan apa yang berlaku ibarat dalam filem aksi hollywood.