Khairy kritik budaya 'minum pagi' kakitangan kerajaan



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata sektor kerajaan dan swasta harus mengutamakan produktiviti berbanding tempoh lama masa bekerja.

Khairy turut berkata, dengan mengambil contoh budaya minum pagi dalam sektor kerajaan, tiada guna masuk kerja awal tetapi menghabiskan masa berborak di warung waktu itu.

“Dalam sektor kerajaan, mereka datang kerja pukul 8 pagi, 8.30 pagi kerana itu peraturan kerajaan. Tepat 8.30 mereka masuk kerja.

“Tetapi 9.30 pagi atau 10 pagi, kita tahu apa terjadi. Rehatlah, teh tarik lah dan macam-macam lagi.

“Bagi saya tidak penting masuk 8.30 pagi. Apa yang penting produktiviti. Lebih penting mereka menyempurnakan kerja yang diberikan,” katanya.

Khairy mengulas tentang budaya buruk itu yang sudah lama berakar umbi dikalangan penjawat awam ketika berucap di Sidang Modal Insan Tun Abdullah Ahmad Badawi ke-2 di sini hari ini.