"Kau saja nak glamourkan aku"



“Ada tangga dalam, kau lalu luar, kau saja nak glamorkan aku, aku belum salah lagi.”

Itulah antara kata-kata yang dilemparkan kepada polis oleh seorang pekerja sebuah kedai aksesori kereta di sini yang berang gambarnya dirakam oleh media ketika polis membawa masuk tertuduh me­lalui tangga hadapan Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Shalihoddin Azman, 34, dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan kerana memiliki sepucuk pistol dan peluru hidup tanpa kebenaran ketika memandu kereta milik penyerang pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT)jenis Ford Ranger pada pertengahan bulan ini.

Tertuduh bagaimanapun me­ngaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan selepas dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.