Kadar zakat Fitrah 2016 di Kedah kekal RM7

Kadar zakat fitrah di Kedah tahun 2016 masih kekal sebanyak RM7.00 seorang seperti yang dikenakan tiga tahun lepas, kata Setiausaha Jawatankuasa Jabatan Zakat Negeri, Datuk Syeikh Ghazali Yaacob.

Kadar zakat Fitrah di Kedah kekal RM7

Beliau berkata, lebih 3,000 amil dilantik dengan kaunter zakat disediakan di 541 buah masjid serta kawasan tumpuan ramai.

Pembayaran juga boleh dilakukan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perbankan Internet terpilih, katanya.



Syeikh Ghazali berkata Jabatan Zakat Negeri Kedah menyasarkan kutipan zakat fitrah sebanyak RM9 juta tahun ini berbanding RM8 juta tahun lepas.

Kira-kira RM140 juta berjaya dikutip bagi pungutan keseluruhan jenis zakat tahun lalu berbanding RM127 juta pada tahun 2014, katanya.