Cubaan bunuh komando, dua beradik dihadap ke mahkamah



Seorang anggota tentera dan adik lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Melaka semalam atas tuduhan cubaan membunuh seorang anggota komando pada bulan lalu.

Mohd. Sazali Abdul Razak, 33, dan adiknya, Mohd. Shahabudin, 27, yang bekerja sebagai tukang masak bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Norma Ismail.

Dalam kejadian di No. 45, Jalan Wira Utama, Taman Peruna dekat Sungai Udang di sini pukul 12.50 tengah malam, 17 April lalu, kedua-dua beradik itu didakwa telah memukul Mohd. Daud Karim, 26, dan tindakan itu boleh menyebabkan kematian kepada mangsa.

[Disyorkan : Cubaan bunuh anggota Komando]

Bagi pertuduhan itu, Mohd. Sazali yang telah berkhidmat selama 15 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan adiknya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Selepas meneliti keterangan Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin yang mengatakan kedua-dua beradik itu sukar dikesan pada peringkat awal siasatan kejadian melibatkan kes Mohd. Daud, mahkamah telah menolak permohonan peguambela, Mohd. Fahmy Mohd. Sulaiman supaya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin