Banjir di Dengkil, lebih 300 mangsa dipindah



Akibat hujan lebat sejak 5 petang semalam, lebih 300 penduduk dari enam buah kampung di Dengkil terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat akibat.

Enam kampung yang dilanda banjir kilat tersebut adalah Kampung Sungai Buang, Kampung Ampar Tenang, Kampung Revolusi Hijau, Kampung Lalang, Kampung Semarang dan Kampung Seri Tanjung.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Sepang, Azli Muhidin berkata, kesemua 388 mangsa daripada 89 keluarga itu ditempatkan sementara di tiga pusat pemindahan iaitu Dewan Taman Gemilang, Dewan Ampar Tenang dan Surau Kampung Sungai Buang Luar.

"Setakat pukul 3 petang semalam, jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan tidak berubah kerana banjir masih belum surut dan ia dijangka meningkat ekoran hujan lebat pada waktu petang," katanya ketika dihubungi.