Penggali kubur ditahan kes tetak polis



Seorang penggali kubur yang mempunyai rekod jenayah lima kes dadah ditahan di Jalan Kuari, Cheras kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian menetak anggota polis.

Sementara rakannya yang dikenali sebagai John Rambo yang berumur 40-an dipercayai masih lagi berada di sekitar Cheras sedang diburu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad memberitahu media,suspek, Tajul Rosli Lahaman, 39, ditahan kira-kira 9.30 pagi tadi ketika bersembunyi di kawasan perkuburan berhampiran tempat kejadian.

Dalam kejadian 6 petang semalam, dua anggota polis iaitu Koperal Muztaza Nizan Minhaj serta Konstabel Danny Sia Siaw Kian telah diserang ketika sedang melakukan pemeriksaan di lokasi yang disyaki menjadi tempat kumpulan penagih melepaskan gian dan juga kawasan pengedaran dadah. - Bernama