Muhammad Ibrahim dilantik Gabenor Baharu BNM

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini telah mengumumkan pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara yang baru, berkuat kuasa 1 Mei.

Beliau memaklumkan, Yang Dipertuan Agong telahpun memperkenankan pelantikan Muhammad sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu untuk tempoh lima tahun akan datang bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Abdul Aziz.

"Saya yakin di bawah kepimpinan Datuk Muhammad, Bank Negara Malaysia akan meneruskan sumbangannya dalam membantu Kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara.

“Ini termasuk juga meneruskan usaha Bank Negara Malaysia membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.