Lori rempuh tembok rumah



Gara-gara sistem brek gagal berfungsi, seorang pemandu lori treler mengalami detik cemas apabila kenderaan berat yang dipandunya telah mengundur lalu terjunam ke rumah penduduk di Taman Woon, di sini, kira- kira jam 11 pagi tadi.

Dalam kejadian kira- kira jam 11 pagi itu, mangsa, M Pirabu telah dikejarkan ke Hospital Tampin bagi rawatan lanjut.

Bagaimanapun menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang, penghuni rumah berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Manakala, pemandu treler itu pula hanya mengalami kecederaan lebam di bahagian belakang badan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 166/59 kerana memandu menyebabkan Kemalangan,” katanya.