Keputusan "Tuhan Harun" ke tali Gantung 20 Mei ini



KUANTAN: Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini menetapkan 20 Mei ini bagi memutuskan sama ada Harun Mat Saat, 50, yang merupakan ketua ajaran sesat serta lima pengikutnya perlu membela diri atau dibebaskan atas tuduhan berkonspirasi membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab. Karim Ab. Rahman membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan.

Seramai 54 saksi pendakwaan tampil memberi keterangan termasuk anak dan isteri mangsa sepanjang perbicaraan berlangsung.