Hilang kerja dan dihalau keluar rumah sewa selepas peluk Islam



Harinder Pal Singh, seorang lelaki berketurunan Sikh kelahiran India yang telah memeluk Islam ketika sesi ceramah Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalik 14 April lalu mengakui beliau telah hilang pekerjaan serta dihalau dari rumah sewa.

Harinder berkata, setelah memeluk islam dia kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta kerana kontraknya tidak diperbaharui dan turut dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.

"Saya perlukan pekerjaan," katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah.

Katanya lagi, buat masa ini dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya.

Sementara itu, dikatakan penyanyi Noh Hujan yang kini berada di Timur Tengah bersama isterinya Mizz Nina bersedia membantu Harinder dengan menawarkan pekerjaan di restoran miliknya.