Anggota polis ditemui mati dalam parit



Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar telah ditemui maut dalam sebuah parit di Jalan Kampung Tengah, Sungai Abong, Muar dekat sini kira-kira jam 9 pagi tadi.

Dimaklumkan bahawa mangsa berusia 32 tahun, dan berasal daripada Sabah.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisiner Azman Ayob memberitahu, orang awam telah menemui mayat mangsa dengan kesan kecederaan di kepala pada bahagian atas kening kiri.

“Kami telah menerima maklumat dari orang awam kira-kira jam 9 pagi tadi dan menghala ke lokasi tetapi pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia".

“Hasil semakan mendapati, mangsa merupakan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Muar dan sedang dalam tugasan ‘on call’ 24 jam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.